|
|
 |
 |
Apr 13, 2005
Weh..pernah tgk camne rumah di buat tak?
Apa main structure dia?
Dinding? Lantai? Bumbung? Tiang?
Yang aku nampak, depa akan dirikan tiang2 tu dulu baru dinaikkan
mende2 lain cam dinding, lantai, bumbung, etc.
Kalau tak de tiang tu kan, mesti roboh rumah tu ek.
Tiang plak ada pelbagai macam tiang kan
Ada yg dibuat dari simen jek(campo besi la kot), ada yg dari kayu,etc.
Setau aku la, tak pernah la rumah tu runtuh kalau tiang dia betul-betul kukuh.
Lain la kalau ada bencana alam ke, kebakaran ke, banjir ke, apa ke kan.
So main point nye la, paling penting tiang.Kalau la tiang senget,rumah yang dibina pon
pasti akan senget.
Kalau tiang tu rapuh, rumah pon senang2 jek lanak rebah ke bumi.
Kalau tiang nipis, susah la bumbung dan dinding nak dipasangkan...
Biar la macam mana cantik bumbung tu, biar la macamana cantik tiles lantai tu,
biarla macamana kukuh dinding rumah tu, kalau tiang kong...habis la rumah tu ...
....sembahyang itu tiang agama.....
fikir fikir
**********************************************************************************
dari last week sampai ke semalam, n insyaAllah akan di sambung malam ni jugak,
aktiviti kami sekeluarga ialah menonton citer anime naruto yang di donlodkan oleh adik saya.
Macam nak muntah nengok nye. Satu siri dlm 25 minit. Ada 128 siri.
Tu yang tak habis2 lagi nontonya.
Sib baik la bini aku terjebak sama.Kalau idak, mau aa dia bebel2 jek..huhuhuh
Posted at 03:11 pm by jebatzkawin
Permalink
Apr 6, 2005
Last week...hmm
Dari isnin sampai khamis, aku tak masuk ofis.
kena jadik macai kat Palace Of Golden Horses.
Dari pagi sampai la ke tgh malam.Macai jek la keje aku.
Nak buat camne la kan.Saya Yang Menurut Perintah la katakan.
Keje aku dari pagi sampai petang adalah :-
a) arrangekan kereta
b) arrangekan makan
c) arrangekan keselesaan
d) buat hal-hal yang berkaitan, spt tukar tiket flight, buat visa,faks kan dokumen, etc..
Itu jek la keje aku selama 4 hari...
And last week gak aku g HUTAN RIMBA KENONG
Serba sedikit pasal hutan rimba kenong ni.
Terletak 1 jam 10 minit perjalanan menggunakan bot dari Kuala Lipis.
Besar dia, aku pon tak ingat. Tapi nak masuk sampai ke kem site,
kena redah denai hutan dalam 2 jam.
Onway pegi pon byk gua-gua yg boleh dikatakan bersejarah dan menarik.
Bersejarah sebab gua-gua ni pernah dijadikan tempat untuk Kumpulan Datok
Bahaman n d geng.
Sedikit coretan xpdc ke kenong
1 APRIL 2005
1645
aku dah start kemas meja n then terus balik rumah. Hati gembira sebab dah 3 bulan
tak pegi masuk mana2 hutan xcept ke sg chiling hari tu. Risau gak aku sebab badan
langsung tak ready. Langsung tak prepare apa2 utk stamina. Hectic week.
1800
Ambik shuk kat rumah dia. Dia tgh dok tunggu dengan segala barang-barang hiking dan juga sekotak ration yang dia amik dari kak mas. Tu dia. Kuali, beras, etc. Semua lengkap.
1850
Dah masuk dalam komuter utk gerak ke KLsentral. Org lain lengkap dgn pakaian kerja, kami lengkap dengan pakaian nak masuk utan. Dengan beg besar nye, dengan ration nya, dengan kuali yg diikat di belakang beg(beg aku plak tu..dah jadik cam kuali ASTRO jek..huhu)
1915
Sampai jek kat depan KFC KLsentral, tgk-tgk, sorang pon takdak yg bawak beg beso2.
Iks.Hampeh.Kena kencing ke hapa nih. Ushar plak tempat-tempat lain. Takde la plak.
SMS kat mas. rupanya depa berkumpul kat depan Mcdonald la plak.
Tapi alang2 dah naik ke atas, maleh dah la nak turun ke bawah tu.
Aku ngan shuk dok tunggu jek la kat depan KFC.
2005
Keretapi mula bergerak menuju ke TUMPAT. Kami akan turun di Hentian Kuala Pilah yang dijadual kan untuk tiba pada pukul 0400. Dari KLsentral aku,shuk,ijam,hamdi,shikin,diana,azma,syahrul,sham,amir,ag, dan slyde. Kak Mas naik kat Hentian Kajang(kes lambat la niii..apa nye organiser daaa....hehe) dan ORGA naik kat Hentian SEREMBAN. Dalam train ni sempat-sempat la kenal gitu-gitu ngan bebudak ni. Sempat la bersembang2 ngan bebudak lelaki yang lain. Yang pompan, aku takleh nak sembang sgt.Segan. :D.
Dalam kol 9, masing-masing bergerak ke Cafe. Perut dah mula berkeroncong. Mintak diisi. Ada 2 3 group jek la yang sempat duduk kat cafe. Aku, shuk ngan hamdi terpaksa beli bungkus dan makan kat tempat duduk. Jadila. Janji dapat makan. Lepas makan, mata aku dah tak bole tahan. Cam kena magnet. Tido dengan harapan bila bangun jek, dah sampai kat Hentian KUALA LIPIS. Tapi kusangkakan terik hingga ke petang, rupanya hujan turun di tgh hari..huhuh...kol 11 jek aku dah terjaga. Dah tak bole tido..hampeh jek...sampai ke KUALA LIPIS aku tak tido..
2 APRIL 2005
0415
Sampailah rombongan Cik Kiah dari Kuala Lumpur ke stesen Kuala Lipis. Sampai2 jek terus upacara membahagi-bahagikan ration pon bermula. Dah setel jek, maka upacara tido beramai-ramai la plak. Yang hampeh nye aku tak bole tido..aiyak la..
0900
Bot dari Kuala Kenong pon sampai. Abg Akmar(guide), dah ada kat Kuala Lipis. Kak Mas ngan Shuk jek la yang kenal.Then dari Kuala Lipis ke Kenong, Abg Ibrahim(guide gak dulu nye..tp la ni dah jadi dreba bot) bawak bot. Dalam bot la baru aku nak lena tido..beh nye sebab angin sungai nyaman gila.
1010
Sampai ke Jeti Hutan Rimba Kenong. Jeti ni terletak di Kg Dusun(bukan kg dusun yg sarip dol tu tinggal aa). Dari jeti berjalan dalam 15 minit ke rumah ayah Abg Akmal utk letakkan baju2 yg nak bawak balik nanti n sambil2 mentrensformkan diri ke baju masuk utan.
1045
Setelah dapat short briefing dari Abg Akmar, maka perjalanan pon bermula. Macam biasa, aku ngan shuk dok lepak belakang jek la.Jadik sweeper bukan sebab dah terer, tapi sebab aku tau aku pancit..hehe..so dok lepak belakang idak la awek2 lain tau aku pancit..nyeh nyeh nyeh. Lagi pon tgk si syahrul cam sakit2 jek kaki dia. So kami pon jalan slow2 jek la. Sembang2 ngan syahrul rupanya lutut dia baru injured sebab jatuh masa main badminton last week. Tu yg terhenjot-henjot tu. Tapi aku tgk cara dia jalan pon, macam overpush. Mesti lagi sakit nanti. 2 3 kalik gak aku remind, kalau sakit jangan paksa sangat. Tapi dia nak carry on ngan laju. Ikut ah. Manusia ni, kalau tak kena batang idung sendiri, tak tau. So aku bio jek la. Waktu jalan2 ni , aku dah terasa gak sakit2 lutut.Hmm..cam berjangkit jek penyakit ni..aiseh la..baru gerak jek nak kena sakit ka...
Onway ke Camp Site, Abg Akmar bawak tour 3 gua. Aku pon tak ingat gua apa. Gua Batu tangga, Gua terlahup n Gua ntah...hehhe...Tapi dalam gua tu, masyaAllah. Cantik nye la. Stalagtite n stalagmite(betui ke aku eja ni)..dalam gua tu siap membentuk something yg cantik. Ada yg bentuk mcm binatang, ada yg bentukkan macam rupa manusia, etc.
1430
Setelah berpeluh peluh jantan n betina keluar, sampai la kami ke camp site. Sepatutnya kami lepak kat bawah satu gua tu, tapi bebaru ni sapa nak dok situ, kena bayar RM4 seorang utk sehari. pergh . Mahal sungguh la. So Abg Akmar decide utk pegi tempat lain. Dia pon bawak la kami ke camp site ni. Sempoi gak sebab memang betul2 tepi sungai. Sampai2 jek operasi pasang khemah pon bermula. Aku ngan shuk pasang groundsheet ngan flysheet je. Tak bawak khemah sebab berat n lagi best tido bawah flysheet ni. Lain nikmat tido nye(sebab kalau ada nyamuk,..memang bertubi2 la kena..heh)
Usai jek khemah di pasang, Abg Akmar terus tenggelam di dalam arus air. Dijinjing 2 set jaring yang di pasang . Banyak ikan kelah dan lampam kata Abg Akmar. Tapi nak mendapat yang besar, depend pada luck.
1520
Lunch hari ni adalah nasi putih+ikan masin+sayur...makan sepinggan jek sebab si shikin takde pinggan or mestin utk makan. So ngan kesiannya(kat aku la kesian), aku kasik ah pinggan tu kat shikin...huhuhu..takleh tambah nasi... Lepas makan, mandi ah..apa lagik. Tapi yg herannya, lepas mandi, bagai nak rak aku berpeluh. Hmmm...Tatau la sebab dah lama aku tak masuk camping atau sebab apa.
1630
Get ready untuk masuk gua lagi..Shikin , Diana, n Slyde, n Syahrul tak join sebab entah..malas, sakit, etc..aku pon tatau. Gua yg kitaorg pegi
1. Gua Harimau (ada batu bentuk harimau)
2. Gua Batu bersanding( ada batu yg macam org bersanding.kalau tgk betul2, bole bezakan yg mana satu laki n pompan)
3. Gua Gajah (ada batu macam kepala gajah n anak dia. And kat situ gak ada satu batu yg besarrrrr yg macam terkapit di antara 2 lurah.
4. Gua Hijau ( Gua yg ada lumut2 hijau n macam tulisan Allah pada lelangitnya dan menurut cerita gak, ni la gua yg paling scary)
1830
Balik ke campsite n then siap2 utk dinner..
2000
Takde apa xtvt untuk malam. Just borak2 jek. Ada yg bukak port utk main card.
Aku pon terjebak sekalik sampai la pukul 12 lebih.
0045
Card pon di tutup.Masing2 buat hal memasing,Dah ada yg tidor. And ada gak yang masih borak2 lagi.
3 APRIL 2005
0815
Sarapan dah siap dimasak oleh K mas. Pagi ni makan nasik goreng . 2 kali gak dia goreng sebab nak dibuat bekal masa pegi Lata 7 hari ni.Lata 7 ni tempat air terjun la. Nak sampai ke sana, kena treking dalam utan yg penuh ngan pacat dalam 4 jam la lebih kurang. Depend pada speed la plak.
0930
Mula bergerak ke lata 7. Macam biasa la. Layan dok belakang. Kali ni memang lutut aku dah sah sakit. Jalan pon terhengkot-hengkot. Shuk pon dah gelak- gelak jek
ooo..dulu gelakkan aku,skang ko rasa laa...
hehehhehehehehheheheheh..apa nak buek..redho jek la..hehe
Punya la jenuh berjalan. Tak sampai2 jugak.Shuk ngan K Mas siap amik giliran lagi pegi memmerut. Sib baik la ada yg bawak air. Kalau idak mau nye rehidration. Ada 2 bukit yg perlu di daki sebelum sampai ke Lata 7 tu. Boleh tahan gak . Sebab kaki dah sakit, tu yg tensen gak aku di buatnya. Nak mendaki, pergh punya lah seksa. Kaki kiri aku dah jadi tegak jek. Kalau bengkok, habis la sakit..
1325
Baru berjumpa dengan Lata 7 ni. Tapi tak leh mandi kat sini. Kena turun skit lagi untuk mandi. tempat dia tak la marveles mana, tapi boleh lah nak berenang n terjun tiruk.
Hamdi tergolek kat atas batu. Abis cermin mata dia pecah. Pergh ngeri gak bila teringat dia jatuh tu. Ye ah, Dah la batu keras-keras ni, lagi jatuh kuat plak tu. Pergh. Sib baik la tak jadi apa2 sgt. Kalau idak, jenuh gak nak bawak balik ke camp site.
1530
Gerak balik. Hamdi pon dah terjengkut-jengkut. Slyde ngan Syahrul pon join the party. Party of jengkut n jalan slow. Aku jengkut gak tapi bole jalan laju lagik..huhuhuh...1st group gerak laju la jugak. Aku shuk n slyde kat 2nd group. Kejar dari belakang jek.
Sampai satu tempat tu, 1st group tgh renti rehat. Waktu tu dah kol 1720 lebih kurang. Last group, Amir,K mas,Syahrul n ejam tak nampak bayang lagi. Ni mesti diorang dok kaver syahrul ni. So kitaorg decide utk carry on ke camp site.
1830
Hari dah nak gelap. Aku, Shuk n Slyde still lagik berjalan. jalan skit berenti, jalan skit berenti. Slyde sakit kaki kot. Dia pon tgk cam tak larat. ok gak tu. At least aku dapat recoer balik sakit aku. Hehhee....
1930
Baru nak sampai ke camp site. Tgk yg lain dah sibuk mandi manda dan ada yg tgh sibuk menyiapkan diri untuk memasak. Aku terus mandi .
Siap jek mandi, ngan kain pelikat samarinda, terus jek aku pegi tempat bebudak ni masak.
Tgk si Azma sibuk nak buat masak lemak ikan sungai. Aku pon join jek la kat situ. Betul2kan skit periuk nasik. Lepak lepak. Kutuk kutuk.
Dah kol 2000 tapi still bayang org belakang tak nampak. Abg Akma pon get ready nak pegi cari diorang. Lepas sengah jam Abg Akmar pegi, bebudak ni pon sampai la. Rupanya diaorang takde torchlight. Tu yang lambat sampai. Diorang siap buat jamung lagi tu. Habis la t shirt ngan bandana askar amir jadik korban. Sian Sian
2045
Siap untuk menu malam ni. nasi putih+masak lemak ikan sungai+ikan masin+sayur kacang+sardin(aku masak aaa)+kopi ginseng tongkat ali...pergh..marveles sungguh rasanya..lepas makan xtvt selanjutnya adalah lepak2. Ada 2 group kedai kopi. 1st group K Mas, Ijam,Sham.2nd group aku, Shuk,Slyde,Orga,Abg Akmar,AG. Dan ada satu group kasino..Diana,shikin,azma,syahrul.Amir dah tido dah.Penat jadik sweeper la tu.hehe
0130
Baru la habis sembang nye. Masing2 dah muka ngantuk. Group kasino masih rancak. Depa tgh rancak main BlackJack.Ceh apa kelas. Tak menarik langsung la...Aku roger shuk.Ajak layan declare. Penangan nya, sampai kol 4 sengah pagi main declare. Tu pon sebab hujan turun.kalau idak mau lama lagi main nya. Si Diana dah obses ngan declare sampai sanggup tak masuk tido lagi tu. Bebudak lain dah lena jek.Bergema la jugak dalam utan tu ngan nyanyian Alah selamatkan kamu...heheh
0500
lelap dengan jayanya
4 APRIL 2005
0905
Bangun bangun bangun...makan..K mas dah mula bising. Aku bangun kejap .Tgk line, sumer dah bangun. Aku ngan shuk jek terbongkang lagik. Argh tak boleh jadik..sambung balik tido..beh oo tidoo...heheh
0930
Bangun ..gosok gigi..amik gambar skit. then sarapan. Semalam depa kata nak masak nasik lemak. tapi yg ada nya nasik goreng. Belasah jek la. Janji kenyang.
1000
Shuk ngan Syahrul jadi jaga kat khemah. Yang lain terus ngan xtvt ari ni. Mendaki Bukit Kesong dan menjelajahi Gua Buta.
Pergh. Teruk jugak nak naik bukit ni. Penuh ngan batu-batu tajam. Tajam dia macam parang jek aku tgk. Dah la batu berkerikil keras. Kena panjat2 plak tu. Cam wall climbing jek. Memang menggerunkan.
Si Slyde sampai habis2 tenaga la nak memanjat nye. Kali ni aku plak jadi sweeper ngan amir. Relek jek dok belakang. Tapi dalam hati gayat gak ooo.Susah nak manjat batu2 gitu..Bagi guide kat bebudak ni cam dah xpert jek, padahal sendiri pon 1st time. Kuasa saiko tu penting.hehehhe
1215
Sampai ke puncak. Amik gambar. Rehat2 skit. tgk view yg boleh tahan marvelesnye.
1305
Perjalanan turun bukit pon bermula. Yang sebenarnya, menurun ni la lagiiiii la thrill nye. Ko akan nampak batu-batu tajam tu . Dinding yang 90 darjah yg penuh ngan slice2 batu yg tajam ..Pergh.Siap ada yg menggigil la kepala lutut...huhuhuhuh
Then Abg Akmar bawak masuk Gua Buta. Kat pintu gua, memang sejuk. Ada angin yg nyaman.pergh. memang la best. Dah panas masa turun bukit dapat plak angin gitu..pergh..cam nak tido plak rasanya.
Menjelajah dalam gua ni, macam2 menda dapat tgk. Ada kawasan yang lapang macam dewan besar, and ada kawasan yg bole dilalui dengan merangkak jek.
Dah masuk n tengok-tengok dalam gua, sekali lagi kena menurun bukit yg banyak dengan batu kerikil yang tajam.
Si Azma dah cuak jek nak turun. Tapak kasut dia dah tercabut-cabut jek aku tgk. Last-last aku gak yg kena amik tapak kasut tu.
1505
Sampai jek kat camp site, K Mas dah suruh siap-siap untuk gerak ke batu hampar plak. Batu Hampar ni, cam jeram la.Kat situ ada satu batu yang besarrrrrr yg terhampar pada dasar sungai. Kalau air kecik, nampak la besarr batu tu. Kalau air pasang, nampak skit jek la.
Tgh sibuk-sibuk berkemas, hujan plak turun. Lebat plak tu. Habih basah aku nye beg. Badan dah basah takpe. sebab aku still pakai baju n seluo hiking. Sib baik la baju n seluar dlm beg tak terjejas sebab dah masukkan dalam plastik. Tapi kelam kabut jugak la nak kemas dalam hujan tu.
1600
Hujan still tak berhenti, so K Mas pon decide nak gerak gak dalam hujan. So bergerak la balik. Kensel Batu Hampar sebab dah lambat.HuHUhuhuhuh..tak dapek nak mandi manda laie..
Abg Akmar dah lead jalan dengan 5 6 org budak. Aku ngan Shuk amik 2nd group. K mas, Hamdi, Syahrul, n Amir still kat belakang.
1705
K Mas dah potong aku. Syahrul di temani Amir kat belakang. Hamdi dah join aku ngan Shuk.
Jalan punye jalan, jumpa simpang 2. Pergh. Langsung takde tanda. Nak ke kiri ke kanan. Aku tatau. Shuk pon tatau. Shuk amik kiri, aku amik kanan. Sib baik la ada nampak cam bekas org lalu kat belah kanan tu.Kalau idak, mau sampai ke Batu Cave la kot kitaorg sesat.heheh.
1730
Baru sampai ke rumah ayah Abg Akmar. Pergh. Punya la penat berjalan. Baru mau sampai. Baru dok lepak kejap, Abg Akmar dah cakap, kena naik bot dalam kol 6. Bergegas la plak ke jeti. Tgk bebudak lain dah ramai yg siap mandi manda n tukar ke baju bersih n cantik. Memula aku cakp kat amir ngan shuk utk mandi kat KTM Kuala Lipis jek la. Tapi memandangkan aku tak solat lagi, aku mandi la gitu-gitu kat jeti tu. Then solat.
Bising Shuk ngan Amir bila tgk aku mandi..heheh..apa nak buat. Kena la selesa skit bila nak ngadap Dia kan.
1830
Bot bergerak dari Jeti Kuala Kenong. Selamat tinggal Kenong. InsyaAllah bulan 8 ni kita ketemu lagi.Hehehe.
2300
Keretapi bergerak lesu meninggalkan Bumi Kuala Lipis yang memberikan banyak kenangan pahit dan manis.
Dalam train dibantai main declare lagik.Tapi dalam vibrate version.hehe.Peh tu dok lepak kat cafe sampai la kol 5.Pergh. Ngantuk gila.
5 APRIL 2005
0730
Sampai di KL sentral. Sarap bersama then berpisah menuju ke haluan memasing.
Tamat coretan..heheh
-------------------tamat--------------------------------------------------------
Posted at 06:08 pm by jebatzkawin
Permalink
Mar 26, 2005
Pernah handle any event?
Majlis birthday ke, majlis kesyukuran ke, majlis sukaneka ke...
Camne korang handle dari segi kehadiran tetamu..
Majlis-majlis cam ni semua kehadiran berdasarkan KERELAAN HATI kan..
Kalau tak rela, x dak la war-warkan untuk datang majlis kan.
Iye lah, even last minutes ada changes ke, ada problem happen to be occured ke kan...
Who know.
The main point is that, kehadiran atas dasar voluntarily(betui ke aku eja...:D) FULLSTOP
Last minit malas nak datang,
last minit tak nak datang,
last minit ada hal-hal berbangkit...
depends la...
Lagi la plak majlis ni members kena bayar..
so...means..ikut suka la nak datang ke tidak..even dah buat bajet utk kehadiran anda..
fikir fikir
Posted at 09:56 am by jebatzkawin
Permalink
Mar 24, 2005
Ada nombor?
Aku ada..baru dapat..
nak?
hmmm..
janji...dapat no ni..ko kena spreadkan pada semua..
biar semua dapat habuannya eh..plz..
janji ek?
ok..
ni nombo nye..
03-22627555/03-22626555
tu nombo polis Bkt Aman.
Kalau ada kecemasan, korang call ah nombo tu
n then dia akan divertkan call korang ke balai polis berhampiran.
Better savekan la nombo ni dalam phone memory..
Sapa nak tau ka, malang takdak bau..
Hidup bukanlah merupakan suatu beban yang
harus dipikul, tapi merupakan suatu anugerah
untuk dinikmati
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan
limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku
dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku,
lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.
Posted at 02:07 pm by jebatzkawin
Permalink
Mar 21, 2005
Sekali pandang, kopi cap kapal layar..enak di minum..sampai hilang rasa ketidaksedapan roti canai(cam iklan yg osman kering tu la)..
tapi..sure ke yg kopi ni halal????Kena la tgk pada cara pembuatannya, kandungan nya, chemical yg digunakannya, etc..
Pergh.Malaysia pon dah susah nak cari makanan halal ke eh.
Dah kena bedek satu-satu kandungan makanan tu.
Just to make sure wheter its halal or not.
Aku ingatkan dok kat negara asing yg bukan negara islam je yang susah nak cari makanan halal.
Rupanya, kat Malaysia pon kena was-was dengan apa yg kita makan.
Nak buat camne kan . Mengikut Pengarah JAKIM, hanya 6 org jek pegawai yang pantau
hal-hal halal haram pemakanan di Malaysia. Hmmm...Birokrasi atau takde kesedaran agama?
Semuia pihak tuding menuding..
Semua pihak tak buat post mortem..
camne tu..
Last2 KPDN&HEP terus amik alih..
Cekap sungguh la Menteri tu yek..
Btw, ada sesapa tak perasan, ada Exco Pemuda Umno cakap dalam TV,
Pihak kami dah lama tahu mengenai masalah ini, tetapi tiada tindakan
dari pihak yang berkenaan...
Kalau dah lama tau...kalau di ikut dari segi hukum akal logiknya, mesti lah dah di ambil tindakan. Well, UMNO kan ke kerajaan, n kerajaan kan ke UMNO, so apa yg susah sangat nak tunggu pendedahan dalam TV3 baru nak bagi komen..
Hmm........
fikir fikir
Posted at 10:26 am by jebatzkawin
Permalink
Mar 12, 2005
Sabar Menanti(ni nama kedai makan kat tepi stadium ipoh..memang kena sabar la waktu menanti apa yang di order..hehe).....<---iklan jek.
Sabar itu separuh dari iman kan..
kalau tak sabar, ilang separuh iman?
iks..sabar je la eh..
kalau ada apa2 dalam rumah tangga ..
kena banyak2 la bersabar nye..
itu la org cakap, kalau nak kawin, kena kuatkan mental sabar..baru la
lulus untuk kawin yek..
hmmmm
Posted at 10:55 am by jebatzkawin
Permalink
Mar 2, 2005
Penat tgk figure-figure bajet ni...
Pepagi, lepas on jek PC(bagi yg berkaitan), apa korang buat ek?
Check email?
Check forum?
Check blog?
Check kerja?
Termenung?
On Pc then pegi sarapan?
Aku baru ikut satu MLM ni.
Pepagi 15 minit kita, kita gunakan untuk MLM ni.
InsyaAllah kaya-raya kita.
Ni dijamin ni. Betul. Aku tak tipu..
Caranya senang jek...modal pon skit jek..
Dalam 3 4 ringgit je modal nya.
Memula beli atau gunakan Surah Yassin yang ada.
Then baca ah Surah tu tetiap pagi.
InsyaAllah kaya raya kita kat Akhirat nanti.
Dijamin ..
P/S ikut niat jugak la kan...
Posted at 04:13 pm by jebatzkawin
Permalink
Feb 28, 2005
Setiap orang ada kelebihan masing-masing.
Apa agaknya kelebihan korang?
Kalau aku, aku rasa, aku tak dak kelebihan apa-apa.
Takdak skil-skil tambahan yang aku betul mahir.
Main bola pun setakat reti main jek.
Suka naik gunung? Itu pun just setakat utk isi masa lapang.
Kalau malas nak pegi, cam sekarang ni, memang tak pegi pon.
Suka dengan kereta? Ceh ini lagi la pulak. Just setakat tau gitu-gitu jek la.
Bukan aku minat sangat ngan kereta ni.Heh. Just setakat pernah ada kete best jek.
Thats all.
Terror speaking? Ceh.Ni pon hampeh.Lagi la plak.Nampak sangat
keKONGan aku.Apraaa...
Apa pun aku bersyukur sebab Allah kurniakan skil-skil yang aku ada.
Eventhough sumer skil yang aku ada separuh jek(cyuutouhanpa kata jepun),
tapi aku still accept it as my additional half skills.Heh
Dalam ofis aku ni, yang komputer littreate amatlah kurang nya. Aku yang
just tau gitu-gitu pasal PC n Poer point pon dah di anggap sbg terror PC.
Ahah. Lebih gak kat situ. Jadik la.Org recognise pada skill yang tau skit-skit ni.
At least, aku tak de cita-cita untuk jadi extraordinary.
Apa pun, takde maslah jadi extraordinary.Its all depend pada diri sendiri.
Atas usaha sendiri.Atas kehendak sendiri. Semua orang boleh jadi
extraordinary. Cara je yang berbeza.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih la kan..
Bagi aku, aku selesa ngan hidup aku sekarang. Tak susah nak fikir mcm2 sangat.
Kalau idup tak berfikir, tu bukan manusia la plak kan.
So just enough jek la apa yang aku fikirkan....
Anyway, happy blues monday to all.
Selamat lah korang dari azab
selamatlah korang dari bala
selamatlah korang dari rezeki yang tak elok
selamat segalanya..insyaAllah
Posted at 11:25 am by jebatzkawin
Permalink
Feb 21, 2005
Ibu bapa merupakan orang yang wajib kita hormati dan taati.Perintah
mentaati keduanya jelas termaktub di dalam Quran dan Hadith. Mengecilkan
hati, melawan atau mengherdik keduanya dianggap sebagai derhaka.
Menderhaka kepada ibubapa adalah satu dosa besar dan tidak akan mencium
bau syurga; meskipun banyak beribadat kepada Allah. Allah tidak menerima
ibadat orang yang derhaka kepada ibubapa.
Dalam satu hadith, Nabi Muhammad saw bersabda bahawa keredhaan Allah
bergantung kepada keredhaan kedua ibubapa. Ini bermakna jika ibubapa
suka kepada kita, Allah turut meredhai kita. Sebaliknya jika mereka
marah dan berkecil hati kepada kita, Allah turut murka kepada kita.
Pernah seorang sahabat mengadu kepada Rasulullah tentang perangai ibunya
yang suka meminta-minta kepadanya. Baginda marah dan menempelak sahabat
itu dengan mengatakan bahawa bukan saja dalam harta malahan dalam
dirinya sendiri ada hak kedua ibubapanya. Jelas ibubapa mempunyai hak
terhadap apa saja yang ada pada kita.
Sejak kita di dalam kandungan, ibu menanggung segala kesakitan dengan
penuh sabar. Begitu juga setelah dilahirkan, ibu mengasuh dan menjaga
kita dengan penuh kasih sayang. Jika kita sakit, ibu tidak lelap tidur.
Mereka berkorban apa saja untuk kita. Tetapi setelah kita besar dan
boleh berdikari, sanggupkah kita mengecewakan hatinya.
Oleh kerana besarnya pengorbanan ibubapa terhadap kita, maka
sewajarnyalah Allah mewajibkan kita mematuhi mereka. Ganjaran di atas
layanan kita terhadap ibu bapa dibalas oleh Allah tunai semasa di dunia
lagi. Contohnya, jika kita mentaati mereka, anak-anak kita akan taat
kepada kita. Sebaliknya jika kita menderhaka kepada mereka, anak-anak
kita akan derhaka kepada kita pula.
Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Barangsiapa semasa paginya mendapat keredhaan ibu bapa, nescaya
dibukakan baginya semua pintu syurga. Sebaliknya jika semasa pagi lagi
telah menyakiti hati ibubapa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka."
Kita sebenarnya tidak berdaya membalas jasa ibu dan bapa. Hakikat ini
perlulah kita insafi. Jika mereka tidak wujud di dunia, kita juga tidak
akan lahir di dunia ini. Oleh sebab itu, kita digalakkan mendoakan
mereka setiap kali selepas solat. Jika mereka masih hidup, layanilah
mereka dengan sebaik-baik mungkin. Tetapi jika sudah meninggal dunia,
selalulah menziarahi tanah perkuburan di samping mendoakan
kesejahteraannya. Buatlah sebarang kebajikan seperti sedekah dan niatkan
pahala untuk arwah ibu dan bapa. Mereka akan menerima pahala tersebut.
Inilah sahaja bukti ketaatan yang dapat kita tunjukkan terhadapnya.
Akhirnya, ingatlah pesanan Nabi saw:
"Khabarkanlah berita gembira ini kepada mereka yang berbuat baik kepada
ibubapa: Buatlah apa saja bahawasanya Allah Taala telah mengampuni
mereka. Dan khabarkan berita buruk kepada mereka yang menderhakai
ibubapa, buatlah seberapa banyak ibadat yang disukai, bahawasanya Allah
Taala tidak akan memberikan keampunan sedikitpun kepadanya."
"Ingatlah anak yang berbuat baik kepada ibubapa tidak akan masuk neraka.
Dan anak yang derhaka kepada mereka tidak akan masuk syurga."
Posted at 03:23 pm by jebatzkawin
Permalink
Feb 17, 2005
Masa sekolah rendah dulu, sehari berapa duit belanja kamu?
Katakan la parent bagi seringgit sehari, untuk sekolah pagi (tak termasuk
belanja sekolah agama petang),dalam sebulan lebih kurang RM20.
Kalau parent kita ada 6 org anak, sebulan depa provide
RM120 untuk belanja sekolah je. Ni cerita tak termasuk sekolah menengah
dan masa universiti. Dan tak termasuk belanja makan dan minum sehari-hari.
Dan sekarang ni, dalam sebulan berapa
je yang dapat kita bagi pada parent?
Berbaloi ke dengan pengorbanan mereka tu?
Antara yang aku dapat masa bersembang dengan Ustaz Othman.
Ayah ofismate aku. Pergi rumah dia masa cuti baru ni.
Hmmm...
RESPECT YOUR MOTHER
For those of you who still have your mothers with you, this is
something to ponder upon and to witness as your life unfolds. For those
of
you
who no longer have your mothers with you, this may be something that
sparks
some memory within you. For those of you who are mothers yourselves,
this
is something to think about as you move through life with your children.
And for those who have no children, this is something to think about
when
you encounter children along your life's path --- mothering, after all,
is
not limited to biological parents alone!! The young mother set foot on
the
path of life. "Is this a long way?" she asked. And the guide said:
"Yes,and the way is hard. And you will be old before you reach the end
of
it. But the end will be better than the beginning." But the young mother
was happy, and she would not believe that anything could be better than
these years. So she played with her children, and gathered flowers for
them
along the way, and bathed them in the clear streams; and the sun shone
on them, and the young mother cried, "Nothing will ever be lovelier than
this."
Then the night came, and the storm, and the path was dark, and the
children shook with fear and cold, and the mother drew them close and
covered them with her mantle, and the children said, "Mother, we are
not afraid, for you are near, and no harm can befall us." And the
morning
came, and there was a hill ahead, and the children climbed and grew
weary, and the mother was weary. But at all times she said to the
children,
"A little patience and we are there." So the children climbed, and when
they reached the top they said, "Mother, we would not have done it
without
you." And the mother, when she lay down at night, looked up at the stars
and said, "This is a better day than the last, for my children have
learned fortitude in the face of hardness: yesterday I gave them
courage, today I have given them strength." And the next day came
strange
clouds
which darkened the earth, clouds of war and hate and evil. The children
groped and stumbled, but the mother said: "Look up and lift your eyes
to the light." And the children looked and saw above the clouds an
everlasting glory, and it guided them beyond the darkness. And that
night the mother said, "This is the best day of all, for I have shown my
children awareness of the Almighty."
And the days went on, and the weeks and the months and the years, and
the mother grew old and became little and bent. But her children were
tall
and strong, and walked with courage. And when the way was rough, they
lifted her, for she was as light as a feather. At last they came to a
hill,
and beyond they could see a shining road and golden gates flung wide.
And
the mother said: "I have reached the end of my journey. And now I know
the
end is better than the beginning, for my children can walk alone, and
their
children after them." And the children said, " You will always walk with
us, Mother, even when you have gone through the gates." And they stood
and watched her as she went on alone, and the gates closed after her.
And
they said: "We cannot see her, but she is with us still. A mother like
ours
is more than a memory. She is a living presence." Your mother is always
with you. She's the whisper of the leaves as you walk down the street,
she's
the smell of bleach in your freshly laundered socks, she's the cool
hand on your brow when you're not well. Your Mother lives inside your
laughter. And she's crystallized in every tear drop. She's the place you
came from,
your first home; and she's the map you follow with every step you take.
She's your first love and your first heartbreak,and nothing on earth
can separate you .. not time, not space .. not even death! TO ALL OUR
MOTHERS.
MAY WE NEVER TAKE YOU FOR GRANTED. Author: Uknown
O Allah, forgive us and our parents, and reward them with the finest
reward. O Allah, elevate their position in the hereafter and this
Dunya;make that which befalls them an expiation for their sins. O Allah,
grant them residence in Firdows, the highest level of Jannah, with the
Prophets, the Siddeeqeen, and the Martyrs. Ameen.
Abu Hurairah(radhiyallahu anhu) who mentions that someone asked the
Prophet(sallallahu alaiyhi wassallam): "Messenger(sallallahu alaiyhi
wassallam) of Allah, to whom should I direct my kind and dutiful
treatment?" The Prophet(sallallahu alaiyhi wassallam) said: "To your
mother." The
man asked: " Who next?" The Prophet (sallallahu alaiyhi wassallam)
answered: "Your mother." The man asked: "Who next?" and the Prophet
(sallallahu
alaiyhi wassallam) answered again: "Your mother". The man still asked.
"Who next?" The Prophet (sallallahu alaiyhi wassallam) answered: "Your
father". (Related by Al-Bukhari, Muslim, Ahmad ) Narrated Ahmad and
An-Nasaa'ee, from Mu'aawiyah ibn Jaahimah As-Sulamee: My father,
Jaahimah raa) went to the Prophet(Sallallahu alayhi wasallam) - and
asked,
"O
Messenger of Allah, I would like to go out and fight for the sake of
Allah, and I have come to you for advice." The Prophet(Sallallahu alayhi
wasallam) - asked him, "Is your Mother alive?" He said, "Yes." "Then
stay near her," advised the Prophet(Sallallahu alayhi wasallam0, "For at
her
feet is Jannah!" (Ahmad and An-Nasaa'ee)
Posted at 03:06 pm by jebatzkawin
Permalink
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|